Wednesday 19 December 2012

Pak Cik Solo

Aku berkahwin last year..pertengahan bulan 6. Sejak itu aku mengikut suami ke Sarikei dan berhenti kerja. (Sayang betul time tu nak berhenti...) Setiap hujung minggu atau bila ada kelapangan masa, memang husband aku bawa aku balik sibu...kampung dia. Setiap hujung bulan pula kami akan balik ke Bintulu. Ya..memang extreme betul..masa dihabiskan di jalanan je.hehe..
Setiap kali perjalanan ke Sibu/Bintulu, ada sebuah rumah tidak jauh dari Simpang 4 Sibu/Kuching/Sarikei/ Bintangor  sering menarik perhatian aku. Rumah tu tak la besar..sebesar rumah RPR yang ada kat pasar2 tu..cuma yang nie rumah kayu, bercat putih. Rumah bertiang 4. Bawah dia plak ala2 paya gitu dan disekelilingnya ditanam padi. Kawasan rumahnya tak la besar sgt..boleh la utk 3 4 org tinggal. Tapi first ku tengok dulu..memang ada seorang pak cik (umur dia kira-kira 35++ macam tu rasanya..) yang tinggal disitu. Beliau selalu duduk kat beranda rumahnya, melihat kenderaan melintas..pernah juga hati kecil yang nakal nie nak melambai tangan ke arah pak cik tu..tapi segan pulak..hehe.(tak da la nakal mana pun)
Ada sekali tu, husband aku, dia traveling ke sibu(ulang-alih), dia cakap dia ada nampak seorang lagi lelaki yang tinggal bersama dengan pak cik tu... Ya..memang benar...masa kami balik ke sibu hujung bulan tu..memang ada seorang lelaki(umur dia aku agak 30++ macam tu..)tinggal dengan beliau. Syukurlah..akhirnya pak cik tu ada teman...memang setiap kali aku balik sibu, aku perhatikan rumah tu...teman pak cik tu pun selalu ada disitu..ada sekali aku nampak pak cik tu dan temannya membersihkan kawasan disekeliling rumah mereka...peluh keringat menitis di tubuh badan pak cik tu yang agak gemuk fizikalnya. Kesian aku tengok beliau...dalam hati terdetik juga...tak ada anak bini ke pak cik nie. Ternyata husband ku pun memikirkan hal yang sama...hehe. cuma masing-masing tak mahu meluahkan...sehinggalah baru-baru nie dia cakap hal itu denganku.
Masa musim buah-buahan yang lalu..aku dan husband selalu balik kampung hampir setiap minggu..almaklum lah..kampung banyak buah. Bulan lepas(November) masa melintasi rumah pak cik tu, beliau pun ada berjual buah kat "bus stop" beliau... ada buah durian, rambutan. Masa tu memang rasa nak berhenti jer...tapi husband cakap dia nak cepat...kawan dia minta tolong apa ntah time tu..lupa dahh...so xjadi nak berhenti..husband cakap..kalau ada rezeki, balik dari sibu esok singgah la..aku pun ok jer..
Masa balik dari sibu keesokan harinya..tup2 pak cik tu tak berjual lagi..arghhh!!  sedih nyer rasa hati...ingatkan naj try buah2 pak cik tu..hmm..tak apa..dah tak ada rezeki..
Minggu terakhir bulan 11 tu(khamis)...husband aku sekali lagi traveling ke sibu..balik dari sibu dia terus cerita kat aku..tadi kat rumah pak cik tu ada sebuah van Jabatan Kebajikan Masyarakat..ohh..aku ingat memang pak cik nie dapat pertolongan dari jabatan ni lah...tapi kata husband aku lagi, dekat muka pintu rumah pak cik tu dia orang gantungkan selendang warna merah..duh!! salah tekaanku..pa maksud selendang warna merah yang tergantung kat pintu rumah beliau tu?
Kebetulan hujung minggu itu(sabtu), husband aku ajak aku balik sibu..sekali lagi aku perhatikan rumah beliau..Ya! Memang ada sebuah van dari JKM yg parking kat tepi jalan rumah beliau. Terus dalam hati aku meneka-neka. Sudah meninggal ke pak cik tu...?? Aku dan husband masing-masing tertanya2. Siapa yang meninggal..Pa yang berlaku?? Time balik dari sibu ahad tu,, tiada lagi kenderaan di tepi jalan, rumah pak cik tu pun nampak kosong melainkan sehelai selendang warna merah yang tergantung kemas di muka pintu rumah beliau......

Beberapa kali balik sibu and lintas area tu...rumah tu tetap kosong.. Betullah tekaan aku dah husband..mmg beliau dah tak ada....sampailah, Christmas lepas ( balik Skuau coz nak celeb Xmas disana) pintu rumah beliau terbuka luas..tapi tak nampak ada orang pula. Kat luar ada jemuran...beberapa helai baju, memang saiz beliau  baju yang dijemur diluar..terkejut bukan kepalang lagi aku.. Pak cik tu ada lagi ke? Time new year, aku and husband nak balik bintulu, coz celeb New Year kat sana pulak...aku perhatikan rumah tu lagi...ada sepasang baju dan seluar yang dijemur gak..tapi tak nampak ada orang pula... Aikkkk?? Plus-plus  rasa hairan dalam fikiran ku,,,apa yang sebenarnya ni??? Misteri betul  beliau ni.

Masa balik dari Bintulu tu pun macam tu juga...tapi kali ni takda baju dijemur diluar, cuma pintu rumah je yang ternganga.....kemana pulak beliau(jikakalau itu memang beliau lah....) and kalau tu memang beliau...syukur, hidup lagi yea....erkkk?? Betul ke beliau tu???Hmm......hairan+mistik betul.... Nantilah, bila ada balik sibu..aku nak skodeng2 lagi....mustahil ada baju kalau xda orangkan?? Arhhgg.....X-FILE  betul kes beliau ni....hmm.. :)



















1 comment: