Saturday 29 December 2012

Happy New Year 2013!!!



2013!!
Tak terasa....2013 is coming!(2 more day.) Umur pun meningkat..hehe..azam pa ya??hmm...aku memang bukan jenis yang suka berazam sangat..apa yang aku boleh, aku buat aje..tak kisah sangat. Hentam sajalah labu...! Cuma  this year harap2 akan dikurniakan rezeki yang lebih, kesihatan yang baik dan dan keluarga semua hidup harmoni.. Nak minta maaf kat hubby kalau ada silap dan salah..meh la kita sama memperbaiki diri masing2 demi rumah tangga kita. Moga Tuhan memberkati perhubungan kita, kerjayamu dan peace yoo!! :P
Semoga tahun ini kita dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri hidup seperti insan lain..maafkan isterimu ini andai ada permintaanmu yang tak tertunai olehku :) luv u....!
Untuk semua yang diluar sana....yang membaca atau tidak blog aku yang tak seberapa nak hebat nie, aku doakan agar kalian juga diberikan keberkatan dan kesejahteraan yang berpanjangan oleh yang maha berkuasa. Amen Amen Amen...

Thursday 20 December 2012

Andai kau tahu
Apa isi hatiku ini ?
Apa yang ku rasakan saat ini ?

Jika kau bisa merasakan
Ku mohon... balas rasa ini
Ku mohon ungkapkan rasa yang ada di hati mu

Andai kau  tahu...
Hanya dirimulah yang ada di hati..
Hanya nama mu yang terukir di jiwa ..
Hanya wajah mu yag ada di bayangan ku...

Dirimu yang satu ...
Telah menebar cinta di hatiku
Telah membagi rasa indah di hati
Walau hanya aku yang merasakan

Cinta itu timbul ...
Saat ku lihat dirimu
Dan tiba-tiba saja rasa itu timbul
Di hati ku.......karna hanya dirimu di hati..



*Copypaste_*

Kata Azimat Fav ku~

~Just because u dont fight doesnt mean tht ur weak...it means u r matured enough to know tht anger wouldnt solve everything~


~‎''We meet in the wrong time,we meet in the wrong place, we start in friendship then we fall for each other, now how can I stop this feeling that grows everyday, I know it was wrong to love you but how can I teach my heart to forget you...all I know that I love you and I will not stop loving you''




*Copypaste~*

Wednesday 19 December 2012

Pak Cik Solo

Aku berkahwin last year..pertengahan bulan 6. Sejak itu aku mengikut suami ke Sarikei dan berhenti kerja. (Sayang betul time tu nak berhenti...) Setiap hujung minggu atau bila ada kelapangan masa, memang husband aku bawa aku balik sibu...kampung dia. Setiap hujung bulan pula kami akan balik ke Bintulu. Ya..memang extreme betul..masa dihabiskan di jalanan je.hehe..
Setiap kali perjalanan ke Sibu/Bintulu, ada sebuah rumah tidak jauh dari Simpang 4 Sibu/Kuching/Sarikei/ Bintangor  sering menarik perhatian aku. Rumah tu tak la besar..sebesar rumah RPR yang ada kat pasar2 tu..cuma yang nie rumah kayu, bercat putih. Rumah bertiang 4. Bawah dia plak ala2 paya gitu dan disekelilingnya ditanam padi. Kawasan rumahnya tak la besar sgt..boleh la utk 3 4 org tinggal. Tapi first ku tengok dulu..memang ada seorang pak cik (umur dia kira-kira 35++ macam tu rasanya..) yang tinggal disitu. Beliau selalu duduk kat beranda rumahnya, melihat kenderaan melintas..pernah juga hati kecil yang nakal nie nak melambai tangan ke arah pak cik tu..tapi segan pulak..hehe.(tak da la nakal mana pun)
Ada sekali tu, husband aku, dia traveling ke sibu(ulang-alih), dia cakap dia ada nampak seorang lagi lelaki yang tinggal bersama dengan pak cik tu... Ya..memang benar...masa kami balik ke sibu hujung bulan tu..memang ada seorang lelaki(umur dia aku agak 30++ macam tu..)tinggal dengan beliau. Syukurlah..akhirnya pak cik tu ada teman...memang setiap kali aku balik sibu, aku perhatikan rumah tu...teman pak cik tu pun selalu ada disitu..ada sekali aku nampak pak cik tu dan temannya membersihkan kawasan disekeliling rumah mereka...peluh keringat menitis di tubuh badan pak cik tu yang agak gemuk fizikalnya. Kesian aku tengok beliau...dalam hati terdetik juga...tak ada anak bini ke pak cik nie. Ternyata husband ku pun memikirkan hal yang sama...hehe. cuma masing-masing tak mahu meluahkan...sehinggalah baru-baru nie dia cakap hal itu denganku.
Masa musim buah-buahan yang lalu..aku dan husband selalu balik kampung hampir setiap minggu..almaklum lah..kampung banyak buah. Bulan lepas(November) masa melintasi rumah pak cik tu, beliau pun ada berjual buah kat "bus stop" beliau... ada buah durian, rambutan. Masa tu memang rasa nak berhenti jer...tapi husband cakap dia nak cepat...kawan dia minta tolong apa ntah time tu..lupa dahh...so xjadi nak berhenti..husband cakap..kalau ada rezeki, balik dari sibu esok singgah la..aku pun ok jer..
Masa balik dari sibu keesokan harinya..tup2 pak cik tu tak berjual lagi..arghhh!!  sedih nyer rasa hati...ingatkan naj try buah2 pak cik tu..hmm..tak apa..dah tak ada rezeki..
Minggu terakhir bulan 11 tu(khamis)...husband aku sekali lagi traveling ke sibu..balik dari sibu dia terus cerita kat aku..tadi kat rumah pak cik tu ada sebuah van Jabatan Kebajikan Masyarakat..ohh..aku ingat memang pak cik nie dapat pertolongan dari jabatan ni lah...tapi kata husband aku lagi, dekat muka pintu rumah pak cik tu dia orang gantungkan selendang warna merah..duh!! salah tekaanku..pa maksud selendang warna merah yang tergantung kat pintu rumah beliau tu?
Kebetulan hujung minggu itu(sabtu), husband aku ajak aku balik sibu..sekali lagi aku perhatikan rumah beliau..Ya! Memang ada sebuah van dari JKM yg parking kat tepi jalan rumah beliau. Terus dalam hati aku meneka-neka. Sudah meninggal ke pak cik tu...?? Aku dan husband masing-masing tertanya2. Siapa yang meninggal..Pa yang berlaku?? Time balik dari sibu ahad tu,, tiada lagi kenderaan di tepi jalan, rumah pak cik tu pun nampak kosong melainkan sehelai selendang warna merah yang tergantung kemas di muka pintu rumah beliau......

Beberapa kali balik sibu and lintas area tu...rumah tu tetap kosong.. Betullah tekaan aku dah husband..mmg beliau dah tak ada....sampailah, Christmas lepas ( balik Skuau coz nak celeb Xmas disana) pintu rumah beliau terbuka luas..tapi tak nampak ada orang pula. Kat luar ada jemuran...beberapa helai baju, memang saiz beliau  baju yang dijemur diluar..terkejut bukan kepalang lagi aku.. Pak cik tu ada lagi ke? Time new year, aku and husband nak balik bintulu, coz celeb New Year kat sana pulak...aku perhatikan rumah tu lagi...ada sepasang baju dan seluar yang dijemur gak..tapi tak nampak ada orang pula... Aikkkk?? Plus-plus  rasa hairan dalam fikiran ku,,,apa yang sebenarnya ni??? Misteri betul  beliau ni.

Masa balik dari Bintulu tu pun macam tu juga...tapi kali ni takda baju dijemur diluar, cuma pintu rumah je yang ternganga.....kemana pulak beliau(jikakalau itu memang beliau lah....) and kalau tu memang beliau...syukur, hidup lagi yea....erkkk?? Betul ke beliau tu???Hmm......hairan+mistik betul.... Nantilah, bila ada balik sibu..aku nak skodeng2 lagi....mustahil ada baju kalau xda orangkan?? Arhhgg.....X-FILE  betul kes beliau ni....hmm.. :)



















Tuesday 18 December 2012

Xmas Is near!!

~Ini tahun kedua aku celeb Xmas dengan hubby..balik sibu lagi b4 trip to Bintulu...And this first year aku celeb New Year with hubby at my kampung..wow! Tahun pertama dulu kat kampung dia..syukur sebab husband xbanyak songeh..nak aje ikut cakap..xde gaduh2 time bincang nak balik mana....tp mana2 aje best..kat kampung hubby, adik n kakak dia sporting..mak mertue lagi best.. sekepala habis kite org. heheh! Kalau kat kampung aku plak..hubby boleh layan je dgn siapa berbual..tu yg best hubby aku tu,(bukan nak puji tp pasti) dia senang nak bergaul dgn org.. Lop u beb!!~ XOXO :D

Monday 17 December 2012

Berbaskinggg

~ Cantik...bukan hanya pada rupa..
~Hodoh...bukan hatinya pun sama begitu..
~Baik....tak semua orang ada sifat itu..
~Buruk...perangai setiap orang memang tidak sama...

*Dimana-mana kita berada..pandai-pandailah membawa diri. Seumpama pepatah melayu..masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang harimau mengaum..(habis kau kena makan dek harimau..hehe. kau ada??)

Sunday 16 December 2012

~Shopingg~

Hari ini...ku menghabiskan hampir Rm200 kat kedai buku..apa lagi..aku beli novel la... Nak cari idea untuk cerita aku..lama dah terbengkalai.hhiihi......
Bising sangat dah husband ku tadi..hehe..aku tahu, dia marah2 sayang je tu... Last2 aku cakap dengan dia.. "Hmm...saya beli buku, kan bagus tu..biar tiada harta, asal ilmu itu tersemat didada." hebat sehh jawapan aku..terus terdiam si suami..heheh. sorry abg....bulan depan beli  lagi okey!! :D

Monday 9 January 2012

Adi By Qynta Lyka

              Air mata anak kecil itu jatuh lagi. Belum kering lagi air mata yang sebelum itu dia sudah menangis lagi. Dia jemu, dia muak dipersendakan orang-orang disekelingnya. Bukan salah dia dan bukan kehendak dia semua yang berkaitan dengan dirinya berlaku.
           “ Adi budak kotor! Adi budak kotor!” ayat itu berulang kali disebut oleh budak-budak sekelas malah budak disekolahnya juga. Adi mengesat hingus dengan hujung baju sekolahnya. Cecair berwarna hijau pekat lekat dibaju usang itu. Sekali lagi ledakkan ketawa budak sekelasnya kedengaran. Adi bertindak mengambil beg sekolahnya lalu meninggalkan kelas yang akan bermula tidak lama lagi.
              Setelah kepenatan berlari, dia duduk dibawah pohon kelapa. Beg sekolahnya yang usang itu ditarik kedalam pelukannya. Beg sekolah budak lain semua berisi tetapi beg sekolah Adi cuma ada 3 buah buku kerja darjah Tiga, 5 buah buku latihan dan 2 batang pencil pendek beserta pemadam sebesar ibu jari. Pemadam yang dijumpanya ditepi tong sampah kelas mereka.   Dia menangis lagi. Kelas mungkin sudah bermula. Cikgu tentu mencarinya tapi dia tidak peduli. Dia malu dengan rakan sekelasnya.
               “ Mak, Adi dah balik.” Laungan suara kecil itu memenuhi ruang rumah kecil mereka. Rumah yang menanti roboh itu sajalah peninggalan ayahnya. Ayahnya meninggal dunia ketika Adi darjah satu kerana kemalangan ditempat kerja. Sejak itu, mak Adi yang menyara Adi dan abangnya, Aman dengan mengambil upah membasuh baju, menjahit baju, memotong rumput dan apa saja kerja yang dirasakan mampu. Aman memang tidak pernah pergi ke sekolah walaupun sudah berusia 14 tahun. Kerjanya hanya merayau-rayau tak tentu arah, kadang balik dan kadang sampai tiga empat hari tidak balik ke rumah.
         “ Mak, Adi nak baju baru. Kawan-kawan kat sekolah semua pakai baju baru mak.” Luahan rasa anak kecil itu memberhentikan tangan lincah si ibu yang sedang sibuk mencucuk jarum. Anaknya dipandang sayu.
       “ Nanti kalau mak dah dapat upah menjahit ni, mak belikan baju baru untuk Adi ya sayang”. Itu saja yang boleh dijanjikan. Pada asalnya, upah menjahit itu hendak digunakan untuk membeli kain untuk dibuat baju yang sudah ditempah oleh jiran mereka.
        Nafas ditarik dalam-dalam lalu pipi anaknya dicium lembut. “ Disekolah  belajar apa tadi?” Adi tergamam. Dia selalu ingat akan pesanan ibunya agar tidak bercakap bohong. Air mata mula bergenang di kelopak mata anak kecil itu.
        “ Adi, kenapa ni? Jangan nangis ya…cerita dekat ibu sayang.” Ibu tua  itu kaget melihat anaknya tiba-tiba menangis begitu.
       “Adi tak sekolah tadi, kawan-kawan semua kata Adi pengotor. Adi tak nak pergi sekolah lagi.” Spontan ayat itu keluar dari mulutnya. Dia tidak harus berbohong.
       Ibunya terkejut mendengar pengakuan Adi. “ Ya Tuhan,  kenapa ni nak? Pergilah sekolah tu. Hanya dengan ilmu pengajaran Adi boleh berjaya dalam hidup. Adi dah janji dengan ayah dulu kan Adi nak jadi doktor. Kalau Adi pandai sekolah tiada siapa yang akan mentertawakan Adi sayang. ” Kepala anaknya diusap lembut. Kasihnya amat dalam terhadap anaknya yang satu itu. Dan impian untuk menjadikan Adi seorang doktor ialah janji terhadap suami tercinta satu masa dahulu yang harus dikotakan. Biar dia harus berkorban masa, selagi kudrat masih ada  hasrat untuk melihat anaknya berjaya akan sentiasa menjadi sumber kekuatannya dalam menempuh cabaran hidup.
          Adi memandang ke arah ibunya. Ada air mata yang hampir menitis dikelopak mata ibunya. Dia sedar ibunya menangis dan dia juga selalu begitu. ‘ kenapa aku bagitau ibu, kan dia dah menangis tu?’ getus hati kecilnya. “Esok Adi pergi sekolah lah..maafkan Adi bu.” akhirnya ayat itu yang keluar dari mulutnya. Si ibu tersenyum apabila Adi menarik tangannya lalu disalam.

                       *************************************



        “ Selamat Pagi Cikgu.” Bergema ruang kelas dengan suara murid-murid 3 Kuning  dengan ucapan selamat itu.  Cikgu Murni yang mengajar Bahasa Malaysia memulakan pembelajaran pada pagi itu baru masuk. Adi memandang cikgu itu tanpa perasaan. Hatinya tiada disekolah dan matanya meliar memandang ke luar. Dia berharap agar masa akan cepat berlalu. Bosan mula menguasai ruang hatinya.
               "Adi."
               Adi tersentak bila namanya dipanggil. Matanya memandang ke depan mencari suara yang mengejutkan lamunnya. 
              "Adi, mana buka kamu? Kamu tak dengar ke cikgu panggil kamu dari tadi?" tanya Cikgu Murni. Bulat mata Adi memandang Cikgu Murni dihadapannya. Namun pantas saja kepalanya digelengkan memandakan dia tidak mendengar namanya dipanggil. Matanya tunduk memandang lantai.
            "Kalau tidak pandai, dengar cikgu ajar. Bukan mata meliar kiri kanan entah mencari apa. Kalau tak ada buku, kongsi dengan kawan." Ujar Cikgu Murni lagi.
          Perlahan Adi memandang sekelilingnya. Mengharap ada seseorang akan memanggilnya tetapi hampa. Dia kembali memandang Cikgu Murni dihadapan. Cikgu muda itu menarik nafas nya sambil merenung mata anak kecil itu.
                  "Adi tak dapat pinjaman buku teks dari sekolah ke?"
                    Adi menggelengkan kepalanya.
                  "Kenapa boleh tak dapat? Adi kan tidak berkemampuan."
                  "Adi tak sempat nak hantar borang, Cikgu." Tutur Adi sopan. Cikgu Murni hanya mengangguk. Lantas dia menghulurkan buku teksnya pada Adi. Dia tahu, tiada siapa yang mahu berkongsi dengan budak malang itu. Akan dia ajukan kepada pihak sekolah tentang budak bernama Adi itu. 


Loceng berbunyi memandakan waktu rehat bermula. Rakan sekelas Adi berpusu-pusu ke kantin sekolah. Adi yang membawa bekal nasi goreng berlauk kacang panjang turun membawa kakinya ke kantin. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia makan di dalam kelas, tetapi mereka berbuat begitu.
               Sesampai dikantin sekolah, meliar matanya mencari  meja kosong. Ada sebuah tempat kosong dan kakinya pantas melangkah ke situ. Hampir saja dia meletakkan bekas nasinya ke meja apabila satu suara memanggil namanya dari belakang.
                "Adi!" Dia berpaling. "Terima kasih, kau simpankan tempat untuk kami." Kamal, murid darjah enam di sekolahnya bersama beberapa orang kawannya lantas duduk di meja itu. Adi berasa marah, namun dia tiada kudrat hendak melawan lalu kakinya dibawa jauh dari meja itu. Kedengaran ketawa Kamal dan rakan-rakannya mengejeknya.
                  Adi lantas membawa diri ke belakang kantin sekolah. Di situ dia melabuhkan punggungnya ke lantai. Hujung tempat dia duduk, sekumpulan lalat sedang mengerumi tong sampah dari sisa buangan pemilik kantin tersebut. Adi mengeluh panjang. Hampir saja seleranya hilang, namun mengenangkan perut yang lapar, Adi cepat menghabiskan makanan yang dibekalkan oleh ibunya pagi  tadi. Selesai makan, dia melangkah ke pili air yang berada berhampiran tempat duduknya lalu meneguk air dari mulut paip itu. 
            "Ya Tuhan..kamu haus ke?" tiba-tiba satu suara menyapa gegendang telinganya. Pantas dia berpaling mencari suara itu. 
             "Sekejap, mak cik ambilkan kamu air."Ujar suara itu lagi. Adi termanggu menanti kemunculan mak cik itu tadi. Bibirnya mengukir senyuman. Mak cik kantin itu kemudian muncul semula bersama sebotol air mineral botol kecil dan sebungkus kuih ketayap.
                 "Terima kasih tapi saya sudah makan mak cik." Adi tidak menyambut huluran bungkusan kuih itu. 
                  "Tak mengapa, ambil saja ya nak."  Adi mengangguk. Mak cik kantin itu mengusap pipi Adi. Masih ada sebutir dua nasi melekat dipipinya. Wajah Adi direnungnya seketika. Rasanya belum pernah Adi membeli makanan di kantin mereka. Dia selalu melihat Adi berdiri tidak jauh dari pondok berdekatan pagar sekolah seorang diri pada waktu rehat. Kadang kala saja Adi berada di kantin untuk makan sekiranya pondoknya sudah terlebih dahulu diambil orang. 
                    Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Adi meminta diri untuk pergi ke kelasnya. Mak cik kantin memandang Adi  berlari anak menyertai pelajar lain bergerak ke kelas masing-masing. 
   


####Bersambungggg..............