Monday 9 January 2012

Adi By Qynta Lyka

              Air mata anak kecil itu jatuh lagi. Belum kering lagi air mata yang sebelum itu dia sudah menangis lagi. Dia jemu, dia muak dipersendakan orang-orang disekelingnya. Bukan salah dia dan bukan kehendak dia semua yang berkaitan dengan dirinya berlaku.
           “ Adi budak kotor! Adi budak kotor!” ayat itu berulang kali disebut oleh budak-budak sekelas malah budak disekolahnya juga. Adi mengesat hingus dengan hujung baju sekolahnya. Cecair berwarna hijau pekat lekat dibaju usang itu. Sekali lagi ledakkan ketawa budak sekelasnya kedengaran. Adi bertindak mengambil beg sekolahnya lalu meninggalkan kelas yang akan bermula tidak lama lagi.
              Setelah kepenatan berlari, dia duduk dibawah pohon kelapa. Beg sekolahnya yang usang itu ditarik kedalam pelukannya. Beg sekolah budak lain semua berisi tetapi beg sekolah Adi cuma ada 3 buah buku kerja darjah Tiga, 5 buah buku latihan dan 2 batang pencil pendek beserta pemadam sebesar ibu jari. Pemadam yang dijumpanya ditepi tong sampah kelas mereka.   Dia menangis lagi. Kelas mungkin sudah bermula. Cikgu tentu mencarinya tapi dia tidak peduli. Dia malu dengan rakan sekelasnya.
               “ Mak, Adi dah balik.” Laungan suara kecil itu memenuhi ruang rumah kecil mereka. Rumah yang menanti roboh itu sajalah peninggalan ayahnya. Ayahnya meninggal dunia ketika Adi darjah satu kerana kemalangan ditempat kerja. Sejak itu, mak Adi yang menyara Adi dan abangnya, Aman dengan mengambil upah membasuh baju, menjahit baju, memotong rumput dan apa saja kerja yang dirasakan mampu. Aman memang tidak pernah pergi ke sekolah walaupun sudah berusia 14 tahun. Kerjanya hanya merayau-rayau tak tentu arah, kadang balik dan kadang sampai tiga empat hari tidak balik ke rumah.
         “ Mak, Adi nak baju baru. Kawan-kawan kat sekolah semua pakai baju baru mak.” Luahan rasa anak kecil itu memberhentikan tangan lincah si ibu yang sedang sibuk mencucuk jarum. Anaknya dipandang sayu.
       “ Nanti kalau mak dah dapat upah menjahit ni, mak belikan baju baru untuk Adi ya sayang”. Itu saja yang boleh dijanjikan. Pada asalnya, upah menjahit itu hendak digunakan untuk membeli kain untuk dibuat baju yang sudah ditempah oleh jiran mereka.
        Nafas ditarik dalam-dalam lalu pipi anaknya dicium lembut. “ Disekolah  belajar apa tadi?” Adi tergamam. Dia selalu ingat akan pesanan ibunya agar tidak bercakap bohong. Air mata mula bergenang di kelopak mata anak kecil itu.
        “ Adi, kenapa ni? Jangan nangis ya…cerita dekat ibu sayang.” Ibu tua  itu kaget melihat anaknya tiba-tiba menangis begitu.
       “Adi tak sekolah tadi, kawan-kawan semua kata Adi pengotor. Adi tak nak pergi sekolah lagi.” Spontan ayat itu keluar dari mulutnya. Dia tidak harus berbohong.
       Ibunya terkejut mendengar pengakuan Adi. “ Ya Tuhan,  kenapa ni nak? Pergilah sekolah tu. Hanya dengan ilmu pengajaran Adi boleh berjaya dalam hidup. Adi dah janji dengan ayah dulu kan Adi nak jadi doktor. Kalau Adi pandai sekolah tiada siapa yang akan mentertawakan Adi sayang. ” Kepala anaknya diusap lembut. Kasihnya amat dalam terhadap anaknya yang satu itu. Dan impian untuk menjadikan Adi seorang doktor ialah janji terhadap suami tercinta satu masa dahulu yang harus dikotakan. Biar dia harus berkorban masa, selagi kudrat masih ada  hasrat untuk melihat anaknya berjaya akan sentiasa menjadi sumber kekuatannya dalam menempuh cabaran hidup.
          Adi memandang ke arah ibunya. Ada air mata yang hampir menitis dikelopak mata ibunya. Dia sedar ibunya menangis dan dia juga selalu begitu. ‘ kenapa aku bagitau ibu, kan dia dah menangis tu?’ getus hati kecilnya. “Esok Adi pergi sekolah lah..maafkan Adi bu.” akhirnya ayat itu yang keluar dari mulutnya. Si ibu tersenyum apabila Adi menarik tangannya lalu disalam.

                       *************************************



        “ Selamat Pagi Cikgu.” Bergema ruang kelas dengan suara murid-murid 3 Kuning  dengan ucapan selamat itu.  Cikgu Murni yang mengajar Bahasa Malaysia memulakan pembelajaran pada pagi itu baru masuk. Adi memandang cikgu itu tanpa perasaan. Hatinya tiada disekolah dan matanya meliar memandang ke luar. Dia berharap agar masa akan cepat berlalu. Bosan mula menguasai ruang hatinya.
               "Adi."
               Adi tersentak bila namanya dipanggil. Matanya memandang ke depan mencari suara yang mengejutkan lamunnya. 
              "Adi, mana buka kamu? Kamu tak dengar ke cikgu panggil kamu dari tadi?" tanya Cikgu Murni. Bulat mata Adi memandang Cikgu Murni dihadapannya. Namun pantas saja kepalanya digelengkan memandakan dia tidak mendengar namanya dipanggil. Matanya tunduk memandang lantai.
            "Kalau tidak pandai, dengar cikgu ajar. Bukan mata meliar kiri kanan entah mencari apa. Kalau tak ada buku, kongsi dengan kawan." Ujar Cikgu Murni lagi.
          Perlahan Adi memandang sekelilingnya. Mengharap ada seseorang akan memanggilnya tetapi hampa. Dia kembali memandang Cikgu Murni dihadapan. Cikgu muda itu menarik nafas nya sambil merenung mata anak kecil itu.
                  "Adi tak dapat pinjaman buku teks dari sekolah ke?"
                    Adi menggelengkan kepalanya.
                  "Kenapa boleh tak dapat? Adi kan tidak berkemampuan."
                  "Adi tak sempat nak hantar borang, Cikgu." Tutur Adi sopan. Cikgu Murni hanya mengangguk. Lantas dia menghulurkan buku teksnya pada Adi. Dia tahu, tiada siapa yang mahu berkongsi dengan budak malang itu. Akan dia ajukan kepada pihak sekolah tentang budak bernama Adi itu. 


Loceng berbunyi memandakan waktu rehat bermula. Rakan sekelas Adi berpusu-pusu ke kantin sekolah. Adi yang membawa bekal nasi goreng berlauk kacang panjang turun membawa kakinya ke kantin. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia makan di dalam kelas, tetapi mereka berbuat begitu.
               Sesampai dikantin sekolah, meliar matanya mencari  meja kosong. Ada sebuah tempat kosong dan kakinya pantas melangkah ke situ. Hampir saja dia meletakkan bekas nasinya ke meja apabila satu suara memanggil namanya dari belakang.
                "Adi!" Dia berpaling. "Terima kasih, kau simpankan tempat untuk kami." Kamal, murid darjah enam di sekolahnya bersama beberapa orang kawannya lantas duduk di meja itu. Adi berasa marah, namun dia tiada kudrat hendak melawan lalu kakinya dibawa jauh dari meja itu. Kedengaran ketawa Kamal dan rakan-rakannya mengejeknya.
                  Adi lantas membawa diri ke belakang kantin sekolah. Di situ dia melabuhkan punggungnya ke lantai. Hujung tempat dia duduk, sekumpulan lalat sedang mengerumi tong sampah dari sisa buangan pemilik kantin tersebut. Adi mengeluh panjang. Hampir saja seleranya hilang, namun mengenangkan perut yang lapar, Adi cepat menghabiskan makanan yang dibekalkan oleh ibunya pagi  tadi. Selesai makan, dia melangkah ke pili air yang berada berhampiran tempat duduknya lalu meneguk air dari mulut paip itu. 
            "Ya Tuhan..kamu haus ke?" tiba-tiba satu suara menyapa gegendang telinganya. Pantas dia berpaling mencari suara itu. 
             "Sekejap, mak cik ambilkan kamu air."Ujar suara itu lagi. Adi termanggu menanti kemunculan mak cik itu tadi. Bibirnya mengukir senyuman. Mak cik kantin itu kemudian muncul semula bersama sebotol air mineral botol kecil dan sebungkus kuih ketayap.
                 "Terima kasih tapi saya sudah makan mak cik." Adi tidak menyambut huluran bungkusan kuih itu. 
                  "Tak mengapa, ambil saja ya nak."  Adi mengangguk. Mak cik kantin itu mengusap pipi Adi. Masih ada sebutir dua nasi melekat dipipinya. Wajah Adi direnungnya seketika. Rasanya belum pernah Adi membeli makanan di kantin mereka. Dia selalu melihat Adi berdiri tidak jauh dari pondok berdekatan pagar sekolah seorang diri pada waktu rehat. Kadang kala saja Adi berada di kantin untuk makan sekiranya pondoknya sudah terlebih dahulu diambil orang. 
                    Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Adi meminta diri untuk pergi ke kelasnya. Mak cik kantin memandang Adi  berlari anak menyertai pelajar lain bergerak ke kelas masing-masing. 
   


####Bersambungggg..............